RANCANGAN ORIENTASI MENGAJAR
E-portfolio ini diwujudkan selepas hampir menamatkan pengajian dalam bidang perguruan setelah hampir empat tahun berjuang. saya bergelar guru. Platform ini merupakan himpunan coretan peribadi tentang pengalaman, pengetahuan, maklumat dan mungkin sedikit ilmu yang saya tahu mengenai bidang teknologi pendidikan. Selebihnya adalah coretan berkisar tentang apa yang dilalui oleh saya sebagai seorang bakal guru serta isu-isu yang berlaku dalam bidang pendidikan.
Sedikit maklumat tentang latarbelakang pendidikan saya yang ingin dikongsikan..... Saya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat dengan kepujian melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) di UUM bermula September 2011- Julai 2015 Pada tahun kedua pembelajaran di Uum saya dikehendaki menjalankan Rancangan Orientasi Mengajar disekolah menengah lama saya suatu ketika dahulu. Bertempat di Sek. Men. Keb. Bandar Chiku selama empat minggu menjalankan tugas sebagai guru pelatih. Antara tugasan menarik ketika itu adalah apabila saya dikehendaki masuk ke kelas-kelas untuk meninjau gaya p&p guru-guru berpengalaman. Banyak yang saya pelajari terutamanya tentang penyediaan set induksi serta persediaan Buku Rekod Mengajar. Akhir kalam, secebis renungan dan peringatan buat diri saya dan kita semua terutama yang bergelar pendidik anak bangsa.... |
Merentas desa SMKBC 2013
Panorama SMKBC
|
" Orang yang bahagia dan gembira tidak memiliki segalanya... tetapi dia memanfaatkan apa yang ada...dengan izin dan redha Allah "
RANCANGAN LATIHAN MENGAJAR
Masa terus berputar, dan tempoh praktikum telah tiba. Para pelajar dikehendaki menjalankan RLM di sekolah pilihan masing-masing, dan saya telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Omar sebagai pilihan. Masing-masing terlontar sana-sini. Ada yang dekat, ada yang sayup nun di hujung sempadan. Maka terlakarlah sejarah selama genap sembilan minggu bertugas disana. Setiap pelajar, ditaklifkan seorang pensyarah sebagai penyelia yang bertanggungjawab memantau perjalanan praktikum serta tahap kemahiran dalam mengaplikasi segala teori yang pernah dipelajari dalam kuliah-kuliah terdahulu, termasuklah sedikit pengalaman mikro-teaching ketika menghadiri kelas Kurikulum dan Pedagogi
Pada mulanya saya agak terperanjat bilamana mendapat tahu SMKDSO merupakan sekolah lelaki dan antara sekolah yang berprestij di Utara tanah air. Seringkali menjadi johan bagi daerah Kota Star seterusnya mewakili negeri dalam pelbagai pertandingan. Pihak pentadbir sangat menitikberatkan aspek ko-kurikulum selain daripada cemerlang dari segi kurikulum. Fuhhhh... nasib baik jugalah saya seorang yang aktif berpersatuan samada semenjak di sekolah menengah hinggalah di peringkat Universiti... bahkan pengalaman sebagai Exco Integrasi Kaum dan Hal Ehwal Antarabangsa di Kolej banyak membantu mengurus dan merencana program di SMKDSO. Selain daripada prestasi sekolah yang cemerlang, satu ciri yang paling saya gemar tentang SMKDSO adalah para sikap pelajar mereka yang begitu menghormati para guru. Mungkin kerana itulah hasil didikan yang mereka terima semenjak di tingkatan satu (atau juga hasil tarbiyah di peringkat sekolah rendah?). Pantang berselisih dengan guru, mereka bukan sahaja tidak lokek memberi senyuman dan ucapan salam, malah mereka akan melenggokkan badan serta menunduk, atau tidak kurang yang membengkok lutut dengan penuh hormat dan santun. Saya terpesona sekali.
Memandangkan major saya adalah IT justeru saya dan rakan, diberi keistimewaan untuk duduk didalam makmal komputer..pada mulanya kami menolak tapi lama kelamaan kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan hiiiii rezeki sguh! Antara pengalaman yang paling tak mungkin dilupakan apabila dicintai anak didik sendiri.. bahkan turut menjadi bahan usikan guru-guru senior... almaklumlah hamba masih bergelar novis. Seringkali di laga-laga kan dengan guru bujang..lupa nak pakai cincin siap2 sebelum masuk sekolah. Namun, menyedari pengalaman yang diperolehi hanya sekali seumur hidup, maka saya redha sahaja yang penting nawaitu kita sebagai hamba Allah s.w.t ...Dia maha mengetahui.

Kenangan SMKDSO